Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 2011

Penghayatan Maal Hijrah


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. (Ahad,27 Nov: selepas Maghrib)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raj a Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah ker ajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura
  1. Melapangkan masa / belanja anak isteri - fadhilat : Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin - fadhilat : Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  3. Menahan marah - fadhilat : Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat - fadhilat : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim - fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
  6. Bersedekah - fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri - fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat - fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu  (lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura ker ana Allah Taala).
  9. Bercelak - fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali - fadhilat: Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
  11.  Sembahyang sunat empat rakaat - fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. (lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat ker ana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali)
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru" - fadhilat :  Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk
  13. Menjamu orang berbuka puasa - Fadhilat : Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Berpuasa - Niat : "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura ker ana Allah Taala" - fadhilat : Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

Tuesday, November 22, 2011

Juara Bola Sepak Sukan SEA 2011

Salam 1 Malaysia
Tahniah Tahniah Tahniah kepada pasukan bola sepak Harimau Muda

Monday, November 21, 2011

Attending Bull @ Hasbullah Mat Sarat Wedding

Finally...............kau kawen jugak yerrr............hahaha..........aku tumpang happy bull.........
Selamat Pengantin Baru.........semoga berbahagia & kekal sepanjang hayat........aminnnn......






Me with raja Sehari & Lila family

Friday, November 18, 2011

Keistimewaan Hari Jumaat

Untuk ingatan & renungan bersama:

Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar ‘Saiyyidul ayyam’ terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat”. (Hadis riwayat Muslim) Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.

Amalan membaca surah al-Kahfi menyelamatkan daripada fitnah Dajal. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal.” (Hadis riwayat Ahmad) Kita dikehendaki bersegera menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu’ah ayat 9) Namun, selepas selesai solat Jumaat, umat Islam digalakkan untuk meneruskan aktiviti dan urusan mereka kembali. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Jumu’ah ayat 10) Begitulah keindahan Islam yang diatur dengan sebaik-baiknya mengikut aturan Allah.

Perkara itu dapat difahami menerusi maksud sabda Rasulullah: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim) Walaupun besar ganjaran yang dihamparkan Allah kepada kita pada hari Jumaat, ramai masih alpa beberapa perkara. Terdapat individu Muslim yang sanggup meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan. Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Barang siapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (Hadis riwayat Baihaqi) Namun, bagi mereka yang hadir solat Jumaat, pastikan anda menjaga tertib, antaranya berbual ketika khatib membaca khutbah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) ‘diam’ sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan laghw (perkara sia-sia).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Mendengar khutbah Jumaat dengan teliti serta mengambil peringatan daripadanya ialah sesuatu yang dituntut. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf, ayat 204) Hal berkenaan bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya ini adalah umat kamu, umat yang satu. Dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku (Allah).” (Surah al-Mu’minun ayat 52)
Sumber: Harian Metro

Thursday, November 17, 2011

Amalan Zikir Harian

Salam pagi khamis.............me dengan rajinnyer nak berkongsi sedikit amalan zikir harian kepada semua yang terbaca blog simple dimple ni........semoga menjadi amalan harian setiap masa.............ye la.........boleh je baca time bejalan ker.......time tak ada keje kat office ke...............time tunggu train ke.............kat mana2 jela............asal jangan kat dalam "toi toi"............rasanyer tak boleh la kalo kita nak berzikir kat tempat kotor & banyak syaitan......betul tak.............amalan ni me dapat dari kakak ipar...........thanks a lot mum.........

Hari Ahad
Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )

Hari Isnin
La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )

Hari Selasa
Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )

Hari rabu
Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
 
Hari Khamis
Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
 
Hari Jumaat
Ya Allah ( 1000 X )
Hari Sabtu
La ilaha illallah ( 1000 X )

Wednesday, November 16, 2011

Noli Wedding

Huhhhhh.........finally dapat jugak upload gambar2 Cik e kowen........dah berjanggung baru nak update.......hehehe........sorry cik e........busy sangat mengalahkan artis yang dapat banyak show.........hahaha
Majlis ni pada 23/10/11........Majlis nikah pun hari yang sama gakkk.......senang.......tak payah buat majlis banyak kali.........penat sekali jerrrrr.......here the pic

Tengok tu encik hubby yang buat2 busy.....orang lain buat keje tapi dia jadi
mandor plakkksss...ish ish ish......papa sape ni????
Mia dengan acu
sooo cute......Mia masa majlis nikah dekat masjid

Tadaaaaa........inilah pengantin semelaya yang cun lagi control ayu...hahahha
Masa majlis nikah di masjid

Our Lovely Mom's yang still young & meletoppp
"Ngak ngah"
Welcome to our happy family cik erie.......jangang malu2 gokkkk........
speaking je kuantang .......we all paham.......ridzuan @ cik erie ni from
Tanjung Lumpur, Kuantan......
Macam twin tak????.......mestila sama sebab kitaorang ni adik beradik maaaaa.......
Nape ko tiru muka aku beb???
Aik...ape hal la pulak gambar ni kat bawah........dah berterabur nihhhhh
belasah lah.....ni masa bagi duit mas kowen from cik erie to cik e
Isteri mithali..........konon!!!!.....mu jangang dok buli cik erie tau.......
i like thissss pic!!!

Orang yang paling menyibukkkssss!!!!!!adam otai
Tadaaaaa..........me , mia & papa.........love forever till jannah..........
Encik hubby kalo dah jumpa mic memang tak boleh stop...nasib baik tak hujan
arrrggghhhhhhhh......berat gok........ambik kau cik erie......masa bercinta tak
nampak gemukkssss.......dah kowen baru ada peluang nak angkat.........rasakan.......
My family........opssss.....missing someone????mana adam otai???
apesal la ko tido masa orang tengah bergambar.......dah tak ada gambar kat sini......
nanti mak long tampal je lah gambo adam yerrrr........heheheh

acu, ngak ngah & mia
haaaa.......the blue dress ni masa wedding dekat kuantan.......patut la sume hantaran
warna biru.....rupanyer cik erie kita ni memang minat warna biru
potong stim betul la dengan mia ni....nak makan kat meja pengantin pun terbantut
cik e
cik erie

 
tak sudah2 dengan gaya macam ni........hahaha.......



orang yang paling teringin sangat nak mandi laut.....ambik kau adammmm


Dinner @ Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan


Tuesday, November 15, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011

Semalat Hari Raya Korban to all..........entry yang dah basi..........hehehe..........kebusyan yang melampau & tak ada peluang langsung nak update blog.........
this year me & famili celebrate hari raya korban di ampang.......huhuhu.......walaupun plan asal nak beraya di kampung.............cancel atas sebab2 yang agak mengecewakan.............kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan...........betul tak??
eventho beraya di ampang..........still happy..............enjoy some picture below yeaaaa:)

with my princess
en hubby with all the ladies
with all the cute cousin

@ mom's house with free style

Mia with cute Zira
@ Tok E's House

Monday, November 14, 2011

fever

Salam hari isnin .....
Since Saturday 12/11 Mia demam, selsema & batuk yang agak serius.......kesian........langsung tak makan.......nasib baik nak minum susu...........hari ni pun still belum baik lagi.........risaunyer macam mana dia kat umah.........Mia.........makan ubat yer sayang ......nanti cepat sembuh .............mama & papa love u soo much............